SAP

Untuk Peperiksaan PRA 1 PMR,  Guru tingkatan 3 wajib menyediakan SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP) dalam bentuk soft copy dan menyerahkan kepada SU PMR pada 23 MAC 2011.

Penggunaan Manual ini:-

  • Cikgu perlu DELETE semua maklumat SAP sebelum ini dan INSTALL SAP123 yang baru versi 3.0
  • Klik butang ini [BUTANG]
  • Key in  <MAKLUMAT>
  • Manual penggunaan pengisian terdapat di laman web SMK KAPIT

https://smkkapit.wordpress.com/ mouse point [GURU]mouse point [UNIT PEPERIKSAAN]


Leave a comment

Kejohanan Olahraga MSSG Kapit 2011

 

Kejohanan Olahraga MSSG Kapit yang bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac 2011 menutup tirai dengan penuh gilang gemilang. Tuan rumah bagi kejohanan olahraga tahun ini ialah SMK Kapit No.2 dan diucapkan tahniah kepada SMK Kapit No. 2 yang berjaya menganjurkan kejohanan berprestij itu. Bagi SMK Kapit, tugas yang mencabar tahun hadapan dimana SMK Kapit akan mengendalikan kejohanan tersebut bagi tahun 2012. Bagi merialisasikan agenda kokurikulum sekolah, SMK Kapit akan berusaha menganjurkan kejohanan tersebut dengan penuh sedaya upaya.

Diucapkan tahniah kepada kontinjen SMK Kapit yang berjaya mendapat tempat kedua di Kejohanan Olahraga MSSG Kapit 2011. Johan pada tahun ini disandang SMK Song dan tempat ketiga adalah SMK Belaga. Warga SMK Kapit mengucapkan tahniah kepada semua pengawai, jurulatih dan atlit sekolah-sekolah di Bahagian Kapit yang berusaha bersungguh di kejohanan tersebut. Semoga ikatan persahabatan antara semua selalu dirahmati oleh-Nya.

Bagi SMK Kapit, jutaan tahniah dan terima kasih kepada jurulatih dan atlit yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mengharungi cabaran di kejohanan tersebut. Tidak lupa kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Kapit yang terus memberi sokongan kepada kontijen sekolah.

Bergerak Maju SMK Kapit..!!!

Leave a comment

Meraikan Kedatangan Mr. Ananthan Subramaniam

This gallery contains 14 photos.

Guru-guru SMK Kapit berkesempatan meraikan kedatangan Mantan Tuan Pengetua SMK Kapit, En. Ananthan A/L Subramaniam pada 18 Februari 2011. Jamuan diadakan di rumah pasangan bahagia En. Hanif Zakaria + Pn. Iza Helwani bermula jam 7.30 petang yang turut membabitkan rakan-rakan … Continue reading

More Galleries | 1 Comment

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kapit 2011

Salam 1 Malaysia…

Guru-guru dan pelajar muslim SMK Kapit mengambil bahagian didalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kapit pada 15 Februari 2011 dengan tema ‘ 1Malaysia 1 Ummah’. Semua mula berkumpul di Dewan Suarah, Kapit pada jam 7.00 pagi dan majlis bermula pada jam 8.10 pagi. Sambutan tersebut meriah dengan kehadiran Y.B Datuk Alexander Nanta Linggi Ahli Parlimen Kawasan P.215 Kapit dan seterusnya merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kapit 2011. SMK Kapit menghantar kontigen pembarisan, segak dengan pakaian batik seragam yang ditempah khas berwarna kuning. Semoga majlis ini menjadi landasan yang baik bagi memantapkan ukhwah dan persaudaraan sesama insan.

Leave a comment