Menyemak Profil Anda

Selepas login, anda akan menjumpai senarai kategori yang boleh disemak di bahagian kiri laman profil anda.

Klik mana-mana item kategori (seperti “Perkhidmatan“, “Kelulusan Akademik“, “Kelulusan Ikhtisas“, “Latihan” dan sebagainya) untuk pergi ke butiran kategori yang berkenaan.

Ada beberapa kategori yang lamannya tidak termuat dalam tetingkap/ skrin komputer. Sekiranya ini berlaku, tarik palang skrol di sebelah kanan laman untuk membelek ke bahagian bawah laman.

Kebanyakan kategori memerlukan anda menyemak butiran dengan lebih lanjut. Kategori-kategori tersebut mempunyai ikon pensel pada lamannya (seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah).

Klik ikon pensel untuk masuk ke butiran lanjut bagi kategori tersebut.

Untuk bahagian laman yang mempunyai fungsi “Cari“, sekiranya anda mendapati butiran berkenaan salah atau berasa bahawa butiran yang dimasukkan kurang sesuai/tepat, anda boleh memasukkan kata kunci yang hendak dicarikan pada petak cari yang disediakan.

Kemudian klik butang “Cari” dan membelek senarai untuk mencari pengisian yang anda kehendaki.

(Nota: Anda tidak mempunyai keistimewaan atau privilage untuk mengubah butiran maklumat anda. Jika anda ingin butiran anda diperbetulkan/ dikemaskinikan, anda harus maklumkan kepada guru data sekolah anda.)

Ingin tahu bagaimana mencetak profil anda dan meminta guru data membetulkan/ mengemaskinikan butiran anda? Klik SINI.

Kembali