Piala Kemerdekaan SMK Kapit Edisi Ke-2 2009

Piala Kemerdekaan SMK Kapit Edisi ke-2 2009 telah bermula pada 4 Julai 2009 dan tamat pada 15 Ogos 2009. Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini yang dijalankan secara liga pada peringkat awal.

Kumpulan A terdiri daripada SMK KAPIT EAGLES A, SMK SELIRIK, SMK BALLEH, PDRM KAPIT dan BOMBA KAPIT, manakala kumpulan B terdiri daripada SMK KAPIT EAGLES B, SK LEPONG BALLEH, SK SUNGAI KAPIT dan MEDICAL KAPIT.

Pusingan Pertama :
Johan A : SMK SELIRIK
Naib Johan A : PDRM KAPIT
Johan B : SMK KAPIT EAGLES B
Naib Johan B : MEDICAL KAPIT

Separuh Akhir Pertama: 11 Ogos 2009
SMK SELIRIK (1) lawan MEDICAL KAPIT (2)

Separuh Akhir Kedua: 13 Ogos 2009
SMK KAPIT EAGLES B (0) lawan PDRM KAPIT (4)

Perlawanan Akhir : 15 Ogos 2009
MEDICAL KAPIT (1) lawan PDRM KAPIT (1)
(MEDICAL KAPIT menang penalti 4-3)

MEDICAL KAPIT telah membawa pulang Piala Pusingan Pengetua SMK KAPIT, Piala Iringan, medal dan wang tunai RM700, manakala PDRM KAPIT membawa pulang wang tunai RM500, Piala Iringan dan medal. SMK KAPIT EAGLES B dan SMK SELIRIK yang tewas di Peringkat Separuh Akhir membawa pulang Piala Iringan dan medal.

Keputusan Penuh
Johan : MEDICAL KAPIT
Naib Johan : PDRM KAPIT
Ketiga : SMK KAPIT EAGLES B dan SMK SELIRIK

Keputusan Kejohanan Edisi Pertama (2008)
Johan : PSKPP KAPIT
Naib Johan : SMK BALLEH
Ketiga : SKSMK COMBINE
Keempat : SMK KAPIT

DSC_5375

DSC_8293

This entry was posted in Berita Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a comment