Salam Sejahtera…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua…

Terlebih dahulu diucapkan kerana sudi untuk melawat blog sekolah yang serba kekurangan dari segi pengisian. Jutaan terima kasih di atas segala komen, pandangan serta cadangan yang telah dihantar kepada saya. Namun demikian, maaf sekiranya ada komen-komen saudara/i tidak dapat dipaparkan di laman ini atas sebab faktor bahasa yang kurang memuaskan. Komen anda semua akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah.

Di sini penulis ingin memohon maaf sekiranya tidak membuat kemaskini terhadap laman blog ini. Atas sebab tugas yang bertindih menyebabkan pengendali ‘tidak cukup tangan’ untuk memberikan info terkini mengenai maklmat sekolah ke dalam laman ini. Penulis juga akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh membuat laman blog seperti ini, namun bagi pandangan peribadi penulis, laman blog seperti ini amat kompleks digunakan walaupun ianya ‘mesra pengguna’. Contoh yang dapat penulis jelaskan ialah untuk ‘upload’ gambar yang tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh penulis. Ini kerana saiz adalah kurang sesuai apabila setelah di’upload’. Cara persembahan galeri foto juga adalah tidak praktikal sebagai ‘Galeri Foto’.

Oleh yang demikian, penulis kini ingin mencari ‘rumah’ baru bagi laman blog SMK Kapit yang berbayar serta mempunyai domain sendiri, seperti http://www.smkkapit.com.my! Domain serta hosting berbayar adalah lebih sesuai berbanding menggunakan blog secara percuma yang terhad ‘ruang simpanannya’ seperti ini.

Akhir sekali,sekiranya ada cadangan dan komen, sila hantar kepada penulis melalui laman blog ini. Penulis akan memaklumkan sekiranya ada perubahan pada laman ini nanti.

webmaster(burhanfadzil)

This entry was posted in Webmaster. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s