LAMAN WEB BARU SMK KAPIT

Perpindahan laman web SMK Kapit dari wordpress ke blogspot.  Laman web baru adalah smkkapit1.blogspot.com.  Laman web ini akan ditutup sementara.  Harap maklum, terima kasih.

Dari Web Admin.

| Leave a comment

Kajian pilihan umur bersara

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SMK Kapit 2011

KAPIT 26 JUN –Badan Beruniform SMK Kapit sekali lagi telah berjaya mengadakan Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SMK Kapit 2011 di Simpang Rh. Simon, Sg. Kapit. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 24 hingga 26 Jun 2011.

Perkhemahan tersebut merupakan aktiviti tahunan anjuran bersama Badan Beruniform SMK Kapit dengan Jabatan Belia dan Sukan (Kapit ) yang melibatkan jumlah peserta seramai 106 orang.

Ia merupakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua unit beruniform SMK Kapit, Sarawak seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Aktiviti perkhemahan ini dijalankan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan menyelurus pelajar dalam bidang kokurikulum.

Seseorang pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan dalam kehidupan para pelajar.

Semua pelajar yang terlibat dapat berkumpul dan bersedia untuk berkongsi pengalaman, kemahiran, cerita dan sebagainya serta diperdengarkan kepada peserta lain supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahlinya.

Kehadiran ramai guru-guru pemimpin setiap unit untuk membantu menjayakan perkhemahan tersebut menunjukkan komitmen dan kerjasama menyeluruh tenaga pengajar SMK Kapit. Kehadiran guru-guru pemimpin memberi ruang kepada semua peserta mempelajari ilmu perkhemahan melalui perkongsian ilmu diantara unit-unit yang terlibat.

Melalui pengalaman perkhemahan, peserta dapat menyemaikan semangat persaudaraan sesama mereka dan seterusnya melahirkan perasaan cinta dan kasih sayangkan terhadap unit masing-masing.

Aktiviti perkhemahan tidak hanya tertumpu kepada kegiatan perkhemahan semata-mata, malah merangkumi aktiviti sosial seperti khidmat masyarakat melalui aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Sungai Kapit berdekatan tapak perkhemahan.

Kem Komanden, Hafis Mohd Dom berkata, perkhemahan tersebut telah memberi ruang kepada peserta meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.

Menurut beliau, perkhemahan tersebut bukan sahaja memberi pengalaman perkhemahan kepada peserta, malah membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan.

“Aktiviti yang mencabar memberi impak kepada peserta dan terbukti melalui sikap tanggunjawab yang ditunjukkan oleh semua peserta. Ini dapat dilihat melalui aktiviti Kembara X-Trem dimana peserta berusaha memastikan setiap ahli kumpulan berjaya sampai ke penamat.

“Aktiviti perkhemahan ini juga akan menjadi platform yang terbaik untuk memastikan peserta akan terus bergiat aktif dalam unit beruniform pada masa akan datang. Diharapkan juga, semua aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah seperti perkhemahan gabungan ini terus dilaksanakan.” katanya.

Majlis penutupan rasmi perkhemahan telah disempurnakan oleh Jack Janda Pioh, Pengawai Jabatan Belia dan Sukan Kapit. Turut hadir ialah Kuiek Bon Siau, Penolong Kanan Akademik dan Abdul Rahman @ Nicholas, Penolong Kanan Kokokurikulum SMK Kapit.

Lagi gambar di: http://www.facebook.com/pages/Badan-Beruniform-SMK-Kapit/107626255927912

| Leave a comment

Sukan MSSG Kapit 2011

Sukan MSSG Kapit bermula pada 30 Mac hingga 1 April yang menyaksikan pertandingan sukan seperti Bola Sepak; SMK Kapit Johan l Sepak Takraw; bawah 15 (Johan), bawah 18 (Naib Johan) l Hoki; Perempuan (Johan), Lelaki (Naib Johan) l Badminton; Keseluruhannya kemenangan yang besar.. Tahniah SMK Kapit..!

Lagi gambar-gambar menarik;

| Leave a comment

SAP

Untuk Peperiksaan PRA 1 PMR,  Guru tingkatan 3 wajib menyediakan SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP) dalam bentuk soft copy dan menyerahkan kepada SU PMR pada 23 MAC 2011.

Penggunaan Manual ini:-

  • Cikgu perlu DELETE semua maklumat SAP sebelum ini dan INSTALL SAP123 yang baru versi 3.0
  • Klik butang ini [BUTANG]
  • Key in  <MAKLUMAT>
  • Manual penggunaan pengisian terdapat di laman web SMK KAPIT

http://smkkapit.wordpress.com/ mouse point [GURU]mouse point [UNIT PEPERIKSAAN]


| Leave a comment

Kejohanan Olahraga MSSG Kapit 2011

 

Kejohanan Olahraga MSSG Kapit yang bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac 2011 menutup tirai dengan penuh gilang gemilang. Tuan rumah bagi kejohanan olahraga tahun ini ialah SMK Kapit No.2 dan diucapkan tahniah kepada SMK Kapit No. 2 yang berjaya menganjurkan kejohanan berprestij itu. Bagi SMK Kapit, tugas yang mencabar tahun hadapan dimana SMK Kapit akan mengendalikan kejohanan tersebut bagi tahun 2012. Bagi merialisasikan agenda kokurikulum sekolah, SMK Kapit akan berusaha menganjurkan kejohanan tersebut dengan penuh sedaya upaya.

Diucapkan tahniah kepada kontinjen SMK Kapit yang berjaya mendapat tempat kedua di Kejohanan Olahraga MSSG Kapit 2011. Johan pada tahun ini disandang SMK Song dan tempat ketiga adalah SMK Belaga. Warga SMK Kapit mengucapkan tahniah kepada semua pengawai, jurulatih dan atlit sekolah-sekolah di Bahagian Kapit yang berusaha bersungguh di kejohanan tersebut. Semoga ikatan persahabatan antara semua selalu dirahmati oleh-Nya.

Bagi SMK Kapit, jutaan tahniah dan terima kasih kepada jurulatih dan atlit yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mengharungi cabaran di kejohanan tersebut. Tidak lupa kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Kapit yang terus memberi sokongan kepada kontijen sekolah.

Bergerak Maju SMK Kapit..!!!

| Leave a comment

Meraikan Kedatangan Mr. Ananthan Subramaniam

This gallery contains 14 photos.

Guru-guru SMK Kapit berkesempatan meraikan kedatangan Mantan Tuan Pengetua SMK Kapit, En. Ananthan A/L Subramaniam pada 18 Februari 2011. Jamuan diadakan di rumah pasangan bahagia En. Hanif Zakaria + Pn. Iza Helwani bermula jam 7.30 petang yang turut membabitkan rakan-rakan … Continue reading

Gallery | 1 Comment